FAQ

Sebarang pertanyaan, boleh rujuk di laman sesawang
SRII Maghfirah bahagian FAQ atau Hubungi Kami

Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah ( SRII Maghfirah ) merupakan institusi pendidikan yang menekankan kemenjadian & kepimpinan pelajar. SRII Maghfirah merupakan penyelesaian kepada ibubapa yang prihatin terhadap perkembangan anak-anak dan ditubuhkan sebagai “one-stop centre” terutamanya bagi ibubapa yang bekerjaya untuk memudahkan menghantar anak belajar di satu tempat sahaja kerana pembelajaran di sekolah ini sudah merangkumi subjek daripada KPM, JAIS dan termasuk modul khas dari SRII Maghfirah sendiri.

Dalam prosess pendaftaran rasmi melalui KPM dan JAIS namun KPM dan jais memberi kebenaran untuk beroperasi.

1. Sistem Bina Karakter Insan (BKI) – Pembangunan karakter anak-anak
2. Pembelajaran luar bilik darjah – Pelbagai aktivit disediakan dan kekerapan hantar anak mewakili sekolah dalam pertandingan
3. Nadwah kepimpinan – Pelbagai program disediakan bagi pembentukan keperibadian yang terbaik

Silibus pula kami menawarkan silibus dari KPM, JAIS dan modul khas iaitu Element Nilai Maghfirah (ENM)

Antara aktiviti kokurikulum yang disediakan adalah seperti debat, pidato, robotic, drone. Untuk sukan pula SRII Maghfirah menyediakan sukan seperti ragbi, bola dan silat. SRII Maghfirah juga menekankan sukan sunnah iaitu renang, memanah dan berkuda. Segala aktiviti ini disediakan mengikut kepada keperluan perkhidmatan.

Syarat kemasukan pelajar :

1. Warganegara Malaysia berumur 7 tahun pada 2024
2. Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan
3. Lulus temuduga

Waktu sekolah adalah
Isnin : 08:00 pagi – 04:00 petang
Selasa : 08:00 pagi – 04:00 petang
Rabu : 08:00 pagi – 04:00 petang
Khamis : 08:00 pagi – 04:00 petang
Jumaat : 08:00 pagi – 04:00 petang

Ya, kami menyediakan 2 hidangan setiap hari (pagi dan tengahari)

Waktu makan pula seperti berikut :
Pagi : 10 pagi
Tengahari : selepas solat zohor

Setakat ini tiada perkhidmatan pengangkutan disediakan

Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah ( SRII Maghfirah) mempunyai yuran tahunan dan yuran bulanan seperti berikut :

Yuran tahunan : RM1,790

  • Uniform sekolah
  • Buku teks, latihan dan tulis
  • Koperasi
  • Takaful

Yuran bulanan (termasuk makanan) : RM530

Tambahan yuran untuk sesi mengaji iaitu RM100/sbln

Untuk maklumat mengenai yuran, boleh ke pautan “Kemasukan“.

Pendaftaran kali ini kami buka untuk pelajar tahun 1 sesi 2024 sahaja, kami juga membuat saringan pemilihan pelajar berdasarkan temuduga ringkas, Tuan/Puan berminat untuk daftar anak? PERCUMA sahaja untuk pendaftaran 😁

Tuan/Puan boleh tekan butang “Daftar & Semakan” pada bahagian atas laman web.

Jika perlukan bantuan untuk isi pendaftaran, saya sedia membantu 😁

Kami akan mengadakan temuduga untuk pelajar dan ibubapa.Aspek yang akan diuji semasa temuduga ialah kemahiran 3M (menulis membaca mengira). temuduga Adalah untuk menilai tahap penguasaan 3M Pelajar

Setakat ini kami mempunyai 3 cawangan iaitu cawangan Bangi, Semenyih dan Kajang.

Ini pula lokasi cawangan SRII Maghfirah:

Cawangan Bangi (Berdekatan JPJ seksyen 7 Bandar Baru Bangi)
No 19, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Cawangan Semenyih (Berdekatan Tesco Semenyih)
No.22, Jalan 5/11, Bandar Rinching, 43500 Semenyih, Selangor

Cawangan Kajang (Cawangan Baru)
Akan Datang