Tentang Kami
Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah (SRII Maghfirah) ditubuhkan sebagai “one-stop centre” dalam pendidikan sekolah rendah bagi melahirkan generasi yang berjaya dan seimbang dunia akhirat.
Falsafah
Mewujudkan institusi pendidikan yang interaktif berteraskan peradaban Islam yang syumul seterusnya membawa kepada kemakmuran alam sejagat.
Seterusnya, menyeimbangkan ilmu duniawi dan ukhrawi berdasarkan sandaran al-Quran dan as-Sunnah dan akan melahirkan generasi yang berkepimpinan dalam tamadun baru Islam.
Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah (SRII Maghfirah)
Visi KAmi
Menjadi institusi pendidikan yang menerajui kemenjadian insan kamil & syamil seterusnya melahirkan generasi pemimpin umat yang rabbani.
Misi Kami
Menjadi institusi pendidikan yang mempunyai ciri berikut:
- Mewujudkan ekosistem pendidikan islami bersepadu yang dinamik mengikut peredaran zaman
- Membina keperibadian & cara hidup islam berdasarkan kurikulum & kokurikulum yang berteraskan al-quran & as-sunnah
- Warga SRII Maghfirah yang menitikberatkan kesungguhan dalam bekerja dan mendidik seikhlas hati serta memfokuskan kepada hasil pembentukan peribadi murid
- Menerapkan sifat keperibadian pemimpin di dalam diri murid-murid sehingga mampu menjadi contoh qudwah hasanah kepada masyarakat.