Pencapaian Kami

SRII Maghfirah membuktikan bahawa kejayaan lahir daripada sistem pendidikan berkualiti, bimbingan guru dan kesungguhan murid dalam mencapai kecemerlangan pelbagai bidang.

Pengenalan

SRII Maghfirah percaya bahawa kejayaan bukan bergantung kepada usiasesebuah sekolah, tetapi turut dibina melalui sistem pendidikan, bimbinganguru dan kesungguhan murid.

Sejak tahun kedua pengoperasian, murid-murid SRII Maghfirah telahmenunjukkan potensi dan kemampuan untuk bersaing dalam pelbagaibidang, termasuk sains, inovasi, pemikiran kreatif dan sukan.

01. Pencapaian Antarabangsa – Global 5D Thinking Science Fair 2025

Wakil murid Tahun 2 SRII Maghfirah Bangi telah berjaya meraih Tempat Ketiga daripada lebih 160 penyertaan dari tujuh benua dalam Global 5D Thinking Science Fair 2025.

Pencapaian ini membuktikan bahawa murid sejak usia muda mampu mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi, menyelesaikan masalah, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan idea inovatif apabila diberikan bimbingan serta peluang yang sesuai.

02. Pencapaian Sukan – Memanah Recurve U10

Tahniah diucapkan kepada Ammar Harith atas penyertaannya dalam pertandingan Memanah Recurve U10 mewakili SRII Maghfirah.

Ammar  Harith bin Mohd Syuwari berjaya memperoleh kedudukan ke-45 daripada 104 peserta.

Penyertaan ini merupakan satu pengalaman bermakna dalam membina disiplin, fokus, ketekunan dan semangat kesukanan dalam kalangan murid.

03. Inovasi Sains & Kelestarian – Global 5DT Thinking Science Fair 2026

SRII Maghfirah Bangi turut menyertai Global 5DT Thinking Science Fair 2026 menerusi projek inovasi“Ecoleaf Creation”, iaitu projek menghasilkan kertas mesra alam daripada daun-daun yang gugur.

Melalui projek ini, murid didedahkan kepada usaha menggunakan semula bahan semula jadi, mengurangkan sisa, mengurangkan kebergantungan kepada kertas yang dihasilkan daripada pokok sertameningkatkan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan kelestarian alam sekitar.

Pengalaman ini menggalakkan murid berfikir secara kritis, berkreativiti dan mencari penyelesaianterhadap isu sebenar dalam kehidupan.

Membina Potensi, Melakar Masa Hadapan

Setiap pencapaian merupakan langkah penting dalam perjalanan pendidikan murid. SRII Maghfirah akan terus berusaha menyediakan peluang pembelajaran yang membantu murid mengembangkan ilmu, akhlak, kreativiti, kemahiran berfikir dan kepimpinan.