FAQ

Sebarang pertanyaan, boleh rujuk di laman sesawang SRII Maghfirah bahagian FAQ atau Hubungi Kami

Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah ( SRII Maghfirah ) merupakan institusi pendidikan yang menekankan kemenjadian & kepimpinan pelajar. SRII Maghfirah merupakan penyelesaian kepada ibubapa yang prihatin terhadap perkembangan anak-anak dan ditubuhkan sebagai “one-stop centre” terutamanya bagi ibubapa yang bekerjaya untuk memudahkan menghantar anak belajar di satu tempat sahaja kerana pembelajaran di sekolah ini sudah merangkumi subjek daripada KPM, JAIS dan termasuk modul khas dari SRII Maghfirah sendiri.

Ya. SRII Maghfirah merupakan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sekolah swasta mempunyai pilihan untuk berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JAIS atau kedua – duanya. SRII Maghfirah memilih pendaftaran di bawah JAIS bagi memastikan pelaksanaan pendidikan Islam selaras dengan garis panduan pihak berkuasa agama negeri.

Antara keunikan SRII Maghfirah ialah:

  • Elemen Nilai Maghfirah (ENM) – Modul khas yang mengintegrasikan tiga teras utama dalam pembentukan murid, iaitu: Pemikiran Kritis (Critical Thinking), Kesedaran Hidup Bertuhan dan Pembinaan Karakter.
  • Pembelajaran luar bilik darjah – Pembelajaran berasaskan pengalaman yang memberi peluang kepada murid meneroka dan mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan sebenar, sekaligus membina kemahiran berfikir dan keyakinan diri.
  • Nadwah kepimpinan – Program pembangunan kepimpinan yang membentuk murid berjiwa pemimpin melalui nilai Islam, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, disiplin dan tanggungjawab.

Silibus pula kami menawarkan silibus dari KPM, JAIS dan modul khas iaitu Elemen Nilai Maghfirah (ENM)

Antara aktiviti kokurikulum yang disediakan adalah seperti debat, pidato, robotic, drone,pengakap. Untuk sukan pula SRII Maghfirah menyediakan sukan seperti ragbi, bola dan silat. SRII Maghfirah juga menekankan sukan sunnah iaitu renang, memanah dan berkuda. Segala aktiviti ini disediakan mengikut kepada keperluan perkhidmatan.

Waktu sekolah adalah

Isnin:08:00 pagi – 04:00 petang
Selasa:08:00 pagi – 04:00 petang
Rabu:08:00 pagi – 04:00 petang
Khamis:08:00 pagi – 04:00 petang
Jumaat:08:00 pagi – 04:00 petang

Setakat ini tiada perkhidmatan pengangkutan disediakan

Ya. SRII Maghfirah menitikberatkan kualiti guru terlatih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik serta menyokong perkembangan murid.

Ya. Sebelum memulakan tugas mengajar, guru akan mengikuti latihan perguruan yang disediakan oleh pihak sekolah selama sebulan sebagai persediaan untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran.

Ya. SRII Maghfirah menyediakan latihan keguruan pada setiap bulan bagi membantu guru meningkatkan kemahiran, menambah pengetahuan dan menambah baik amalan pengajaran secara berterusan

Kemasukan SRII Maghfirah dibuka kepada murid bermula umur 6 tahun, tertakluk kepada syarat dan ketetapan pihak sekolah. Sekolah menerima murid lelaki dan perempuan. Proses kemasukan turut melibatkan sesi penilaian atau temu duga bagi membantu pihak sekolah mengenal pasti tahap penguasaan dan keperluan pembelajaran murid.

Ibu bapa boleh mendaftar melalui butang “Daftar” pada laman web sekolah. Pihakpengurusan SRII Maghfirah juga bersedia membantu sekiranya ibu bapamemerlukan bantuan mengisi borang pendaftaran. Pendaftaran bagi sesi 2027tertakluk kepada prosedur dan ketetapan pihak sekolah.

Temu duga diadakan untuk murid dan ibu bapa. Aspek yang dinilai bagi murid ialah kemahiran 3M, iaitu menulis, membaca dan mengira, bagi mengetahui tahap penguasaan kemahiran tersebut.

Struktur yuran kemasukan adalah berbeza mengikut cawangan. Untuk maklumat tepat dan terkini, sila rujuk menu Kemasukan → Yuran untuk menyemak struktur yuran terperinci bagi cawangan pilihan anda.

Waktu sekolah adalah

Isnin:08:00 pagi – 04:00 petang
Selasa:08:00 pagi – 04:00 petang
Rabu:08:00 pagi – 04:00 petang
Khamis:08:00 pagi – 04:00 petang
Jumaat:08:00 pagi – 04:00 petang

*Waktu persekolahan bergantung kepada pakej yang diambil

Ya, kami menyediakan 3 hidangan setiap hari iaitu pagi, tengahari dan kudapan petang (bergantung kepada pakej yang diambil)

Setakat ini tiada perkhidmatan pengangkutan disediakan

Antara kemudahan keselamatan dan keselesaan di SRII Maghfirah ialah

Pemantauan CCTV
Kemudahan CCTV membantu menyokong pemantauan kawasan sekolah.

Komitmen Cegah Buli
Menekankan adab, sikap saling menghormati dan usaha pencegahan buli.

Suasana Selamat
Persekitaran teratur dengan perhatian terhadap keselamatan dan kebajikan murid.

Kelas Berhawa Dingin
Ruang pembelajaran berhawa dingin untuk keselesaan murid.

SRII Maghfirah kini mempunyai lima lokasi cawangan:

  • Cawangan Bangi (Berdekatan JPJ seksyen 7 Bandar Baru Bangi)
    No 19, Jalan Kajang Impian 1/11,Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Cawangan Semenyih (Berdekatan Tesco Semenyih)
    No.22, Jalan 5/11, Bandar Rinching, 43500 Semenyih,Selangor.
  • Cawangan Kajang (Berdekatan McDonald’s Kajang Perdana)
    1-10 & 1-11, Jalan Kajang Perdana 3, Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor.
  • Cawangan Cyberjaya (Berdekatan dengan Universiti Cyberjaya)
    D1-02-06, Blok D1, Atelier Centre, Jalan Atelier 1, Edusphere,Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor.
  • Cawangan Bandar Seri Putra (Bersebelahan Balai Polis Bangi)
    No. 40, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Kajang, 43000 Kajang, Selangor.